Posted on

Saya adalah orang melayu asal Islam. Pada peringkat awal saya bersekolah tadika saya bersekolah di sekolah tadika LaSalle Kindergarten School. Ibu bapa saya yang masukkan saya di sekolah ini, nak ajar saya supaya boleh bercakap English, boleh cakap orang putih, cuma saya je rupa yang tak berapa nak putih 🙂. Antara satu sebab lain saya bersekolah di situ adalah disebabkan pada sekitar tahun 70-80an tidak ada sekolah Tadika Kemas mahupun PASTI. Kalau ada pun tak banyak, jadi mungkin sekolah itu adalah salah satu pilihan yang ada. 

Di sekolah itu saya banyak bergaul dengan kawan2 yang bukan berbangsa melayu dan beragama Islam. Tak ramai orang melayu yang bersekolah disitu. 

Kemudian saya bersekolah rendah di Sek Ren Methodist ACS Klang dan meneruskan bersekolah menengah di Sek Men Kebangsaan Methodist ACS Klang. Sekolah methodist seperti yang kita sedia maklum adakah sekolah yang dibangunkan oleh mubaligh Kristian. Niat orang tua saya bukan nak belajar pasal agama kristian, akan tetapi nak saya boleh cakap English. Itulah niat orang tua saya. Di sekolah inilah saya bercampur gaul bersama kawan-kawan yang bukan berbangsa Melayu dan bukan beragama Islam. Saya bercampur bersama-sama orang Cina, orang India dan bangsa-bangsa yang lain, belajar bersama-sama, kami bermain bersama-sama. Bila musim perayaan, sebagai contoh pada sambutan Hari Raya, mereka datang rumah saya, dan kalau ada perayaan mereka mcm Deepavali ke, Tahun Baru Cina ke, saya bersama-sama kawan-kawan Melayu yang lain pun datang ziarah rumah mereka beramai-ramai menaiki basikal. Disitu hubungan kami sangat erat. Sehingga ke hari ini kami masih lagi berhubungan dengan mereka dalam social media seperti FB dan Whatsapp dan sebagainya dan kekadang kami buat gathering bersama. Kami masih lagi menjaga hubungan dan memelihara keharmonian walaupun berbeza bangsa, masih lagi hormat menghormati satu sama lain, saya rasa ini adalah perkara positif hasil daripada perhubungan kami berbilang bangsa dan agama di satukan peringkat sekolah lagi. 

Dipendekkan cerita, selepas tamat zaman persekolahan,  ada beberapa tempat yang saya bekerja sehinggalah saya memulakan bisnes sendiri. Partner bisnes saya adalah seorang berbangsa Cina. Kami bersama-sama mengusahakan satu perniagaan membangunkan aplikasi game mobile. Biasalah jatuh bangun sesuatu bisnes itu menyebabkan hubungan kami agak rapat. Sehinggalah kami boleh berbincang perkara-perkara yang sensitif seperti perkara agama

Ceritanya begini, sewaktu kami membuat lawatan kerja ke Vietnam disebabkan pada masa itu kurangnya programmer aplikasi game mobile di Malaysia. Jadi kami ke Vietnam kerana ramai programmer game mobile disana dan labour cost yang rendah. 

Perkara yang saya nak kongsikan dalam penulisan ini adalah bab makan, bisnes partner saya faham yang saya kene makan makanan yang halal jadi dia cari kedai makan yang halal di Hanoi. Memang susah nak cari kedai makan yang halal di sana. Kalau ada pun hanya beberapa sahaja. Jadi bisnes partner saya ini carilah kedai makan, jumpa satu kedai makan yang jarak kedai tu dengan tempat kami bekerja agak jauh jaraknya seperti perjalanan dari Seremban ke KL semata nak makan tengah hari. Tak berapa efisien, dan kami hanya makan di kedai tersebut sekali sahaja. 

Disebabkan tak nak menyusahkan bisnes partner saya dan rakan-rakan sekerja yang lain(yang terpaksa memenuhi keperluan makanan saya), jadi saya beli banyak buah, roti dan mee segera (indomee). Jadi saya hanya makan benda-benda ni lah selama urusan saya di Hanoi selama 2 minggu

Ada beberapa kali bila kami makan bersama walaupun bukan di kedai yang halal, saya tidak makan apa yang mereka makan. Mereka order kerbau pendek(pork), disebabkan mereka tahu saya tak makan, mereka awal-awal lagi bagitau Hafizi, this is pork, this is not for u. I order u chicken, tapi saya tolak, mereka tanya kenapa? Kan ianya halalkan? Then mereka order daging, pun saya tolak. mereka terkejut, aik? Ini bukan pork tapi daging lembu, daging lembu kan halal?! Saya jawab saya hanya boleh makan daging yang telah  disembelih dengan cara Islam. 

Jadi perkara-perkara seperti inilah menyebabkan bisnes partner saya dan rakan-rakan sekerja Cina yang lain tertanya-tanya, kenapa tak boleh makan ini dan itu? Susah ye jadi orang Islam ni, itu tak boleh ini pun tak boleh. Banyak condition. Itu baru cerita bab makan.

Baik, sekarang cerita bab minum pulak. Orang Cina ni memang work hard. Tapi lepas work hard dengan urusan pekerjaan, selepas waktu kerja, mereka akan enjoy. Enjoy pun mereka akan enjoy hard. Malam mereka gi minum. Nak tak nak saya terpaksa ikut disebabkan saya di Vietnam(tempat orang), dan pada masa itu tak ada Grab yang boleh saya gunakan untuk balik hotel. Jadi nak buat mcm mana, terpaksalah ikut juga. Sewaktu di bar, Saya hanya order Coke itu pun minta straw je tak pakai cawan/gelas. Masa tu mereka tanya, Hafizi sini tak ada JAIS la, u still follow rules and regulation mcm dkt Malaysia ke? Saya hanya senyum je. Mereka pun tanya kenapa you tak boleh minum beer? Sy jawab sapa kata?! Boleh apa?! RootBeer dan GinjerBeer i minum la dengan nada bergurau 🙂. Kemudian mereka tanya lagi, anggur u boleh makan tak? Saya jawab boleh, tapi kenapa beer tak boleh minum? Kan dia daripada anggur? Tuuuutttt… Saya terdiam tak tahu nak jawab apa.

Disanalah saya banyak mendapat soalan-soalan mereka tanya yang tidak saya  dapat dijawab. Ada beberapa persoalan-persoalan lain juga yang ditanya kepada saya sebagai contoh kenapa perempuan muslim kene pakai tudung, kenapa u sembahyang sembah dinding dan banyak lagi sebab kami dah rapat jadi boleh sembang bab-bab sensitif mcm agama. Ada satu mereka kata dkt saya “Hafizi, i fell sorry about u, because the very delicious meat among other meat is pork, but u cannot eat it.. I feel sorry for u.” Seolah-oleh mereka kata saya rugi besar la tak makan kerbau pendek tu(daging khinzir).. saya hanya senyum je.. 

Ada satu statement yang saya amat terkesan adalah mereka kata Islam ni mcm banyak susah, itu tak boleh ini tak boleh, itu wajib ini wajib, itu haram ini haram, itu masuk Neraka ini masuk Neraka. Too much rules and regulation, banyak susah woo, tapi ada satu je mereka kata yang interesting about Islam, iaitu muslim man can have 4 wives. Then saya jawab, “then u become muslim la, you can marry 4 wives maa! Ha ha” mereka tergelak je.. Kemudian salah seorang dari mereka menjawab “One wife pun sudah serupa mau mati, ini lagi mau 4 wives, haiya!” dengan nada bergurau.

So bertitik tolak dari situ saya mula mempersoalkan diri saya, kenapa aku tak tahu nak jawab persoalan-persoalan itu? Dah berapa lama aku Islam? Kenapa aku tak boleh menjawab persoalan-persoalan macam itu? Persoalan-persoalan benar-benar menganggu saya, sehingga menganggu tidur saya, ianya sikit sebanyak membuatkan saya panas hati, saya menjadi panas hati adalah disebabkan saya tak tahu nak jawab persoalan-persoalan tu. 

Berpunca dari itu saya mula mencari-cari jawapan. Inilah turning-point atau punca saya menceburkan diri ke arena dakwah. 

Ceritanya bermula apabila surau dekat Kajang menganjurkan Sambutan Tahun Baru Cina. Pada masa tu saya pelik, aik? Buat open house Gong Xi Fat Chai di Surau orang Islam? Biar betul? KemudiaN saya singgah, saya tengok ramai orang Cina datang masuk surau tersebut. lagi saya musykil, eh? Boleh ke? Orang Cina bukan Islam masuk surau? Di situ saya nampak ada orang Cina yang beragama Islam(Cina Muslim) bersama-sama meraikan sahabat Cina yang bukan beragama Islam makan bersama dan beraktiviti bersama. Dalam program tu ada bacaan al-quran yang dibaca oleh orang Cina muslim. MashaAllah first time saya menyaksikan orang Cina baca al-Quran. Sebelum ini sangkaan saya Islam untuk orang Melayu sahaja. Dan orang Melayu Islam sahaja yang boleh baca al-Quran. Orang Cina pun pandai baca quran malah sedap pulak tu bacaannya. Hati saya cair, saya rasa seronok tengok sebegitu. Ini adalah pengalaman pertama saya. Pastu saya tengok orang-orang Cina Muslim pakai kopiah dan bertudung, subhanAllah, comel dan sejuk mata memandang. Pastu ada sesi lawatan surau – macam Mosque Tour la. Berberapa kumpulan Cina masuk surau dibawa oleh seorang guide. Saya pun follow, seolah-olah saya pulak yang termasuk kumpulan Cina tersebut. Saya tengok bagaimana kumpulan Cina tersebut yang pada hemat saya kali pertama memasuki ruangan Surau itu diberikan penerangan tentang surau, ruangan solat, saf solat, demonstrasi amik wuduk, tunjukkan al-Quran dan macam-macam lagi.. Jadi saya pun berasa sangat teruja. Wow bestnya. Pastu ada berberapa peserta orang Cina bukan Islam tu ditanya oleh tour guide tersebut mengenai apakah perasaan pengalaman pertama memasuki Surau? Dia jawab dia rasa tenang, peace, seronok ini first time masuk surau. Masa azan berkumandang, mereka rasa seronok dengar azan, mereka tanya kenapa bila nak sembahyang kenapa mesti kena nyanyi? Ada juga mereka tanya mana itu orang nyanyi? mereka nak tengok.. Dia ada dkt atas kah? Mereka sangka Muazzin yang melaungkan azan tu dkt menara Surau yang tinggi tu. Tour guide tu jawab bukan di atas tu, tour guide itu menunjukkan ruangan utk muazzin melaungkan Azan. Baru mereka faham. Banyak juga persoalan-persoalan pasal Islam mereka tanya dan telah dijawab dengan baik oleh tour guide tersebut. Dan mereka juga berpeluang tengok orang Islam solat. mereka diberikan satu ruangan – satu sudut untuk menyaksikan orang Islam solat. Mereka mula faham pasal Islam dan dan mereka nampak keindahan Islam dkt situ. 

Dari situ timbulnya minat utk join macam tour guide tadi tu. nak citer pasal Islam kepada orang bukan Islam. Islam itu indah, saya nak mereka nampak keindahan Islam tu. saya nak cerita pasal Islam, share Islam, promote Islam pada yang bukan Islam. Semangat saya menjadi berkobar-kobar nak buat mcm tu..

Gambar hiasan : bersama guru-guru dan sahabat-sahabat dakwah

Dkt luar surau, ada booth-booth oleh NGO-NGO seperti PERKIM, MACMA dan Global UNITY Network, Hidayah Center, JAIS dan macam-macam lagi. Setiap satu-satu booth pameran saya singgah dan tanya mcm mana nak join jadi ahli dan apa yang boleh saya bantu? Berpunca dari situ saya join jadi ahli PERKIM(Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia) sebagai sukarelawan, Hidayah Center dan lain-lain sehinggakan saya join jadi ahli MACMA(Malaysia Chinese Muslim Association) walaupun saya bukan Cina! Semangat giler punya pasal🙂.

Saya singgah di booth Global UNITY Network, satu pertubuhan NGO yang ajar orang Islam cara-cara nak berdakwah khususnya kepada orang bukan Islam. Tanpa berfikir panjang, saya terus register, selang beberapa minggu mereka call kata ada seminar setengah hari di Kajang. Saya pun join. Dkt situ saya belajar pasal dakwah. Dari situ saya kenal guru dakwah saya sehingga kini. Dan persoalan-persoalan yang ditanya oleh bisnes partner saya tu satu-satu terjawab. Alhamdulillah.. Syukur dalam Islam ni setiap persoalan ada jawapannya. Cumanya kita kene cari. MasyaAllah bestnya Islam ni!

Sejak daripada itu saya mula mencari ilmu, belajar daripada guru-guru dakwah. Setiap kursus dakwah saya join. Jawapan daripada persoalan bisnes partner dan kawan2 non-muslim saya tanya dulu tu, saya bagi balik pada mereka. Ada yang terima ada yang tidak terima. Tp still mereka tidak memeluk Islam. Its ok.. Hidayah milik Allah.. Manalah tahu suatu hari nanti Allah akan buka hati mereka dan diberikan hidayah, kita hanya berdoa, insyaAllah.. Aamiin..

Lanjutan daripada aktiviti dakwah saya, saya join MTG iaitu Mosque Tour Guide yang dikelola oleh Islamic Outreach ABIM. disini saya jadi volunteer mtg di Masjid Jamek KL. Dkt sini saya belajar selok belok jadi MTG ni, peranan MTG ini adalah bawak tourist kebanyakkan dari luar negari pusing satu masjid, tunjukkan seni bina masjid, bawak masuk dalam masjid, tunjukkan ruang solat, tunjukkan cara-cara solat, tunjukkan al-quran, baca surah2 pendek dalam al-quran. Hati saya sangat terkesan ada berberapa pengunjung masjid mula menunjukkan minat pada Islam. MashaAllah, mereka ni tetamu masjid rumah Allah 

Saya teruskan misi dakwah saya. Kali ini saya join Street Dakwah. Kali ini buat dakwah dijalanan. Pada peringkat awal memang sy tak pandai, saya ikut je senior-senior dalam dakwah. Tak cakap sepatah pun.. Bila dah selalu join, lama-lama kita tahu mcm mana nak approach orang lalu-lalang, mcm mana nak buat street dakwah tersebut. Cumanya saya lihat disini actually non-muslim ni mereka nak tahu pasal Islam tapi mereka tak tahu nak tanya pada siapa, nak tanya kawan2 takut ianya sensitif dan nak tnya dkt masjid segan/takut nak masuk masjid, jadi tak de tempat mereka nak tanya. Jadi program street dakwah ini satu peluang kepada mereka nak tanya persoalan2 yang dalam minda mereka. 

Jadi itulah cerita saya bagaimana bermulanya kisah saya dalam bidang dakwah. Pada peringkat awal dakwah saya seperti culture shock sbb saya bukan ustaz, bukan pakar dalam bidang agama, tidak ada latar-belakang pendidikan agama yang formal pun. Sekolah rendah agama pun saya tak pernah masuk. Tapi saya memberanikan menceburkan diri dalam bidang dakwah. Saya tanya guru dakwah saya, boleh ke saya buat dakwah walaupun saya bukan ustaz saya tiada pendidikan formal dalam agama? Guru dakwah saya menjawab, bro kenal tak Syeikh Ahmad Deedat? Beliau hanya setakat bersekolah rendah je. Dah banyak negara beliau pergi berdakwah dan berani berdebat dengan paderi-paderi, pastor-pastor, missionaries(pendakyah) Kristian yang pakar dalam agama Kristian dan Syeikh Ahmad Deedat telah mendapat kemenangan K.O. dalam setiap debat tersebut. Antara contoh lain, Dr Zakir Naik juga bukan lulusan Al-Azhar, Mesir mahupun Jordan. Beliau berpendidikan dalam bidang perubatan, walhal boleh berdakwah seluruh dunia dan boleh menjawab pelbagai persoalan-persoalan ganas terhadap Islam yang dilontarkan kepadanya. Dan ramai orang telah memeluk Islam hasil usaha dakwah beliau. Kalau mereka boleh buat you juga boleh buat. Dan yang lebih baik dalam dakwah ni you tak perlu tunggu menjadi hebat seperti Syeikh Ahmad Deedat dan Dr Zakir Naik baru nak berdakwah. Sekarang pun you boleh berdakwah ikut kemampuan diri sendiri. Cumanya niat berdakwah ikhlas kerana Allah swt dan nak sampaikan keindahan Islam. Dan paling penting belajar ilmu dalam berdakwah! Itu kata-kata nasihat daripada guru dakwah saya.

Sejak dari itu saya saya tidak menoleh ke belakang lagi. Saya terus buat kerja-kerja dakwah sehinggakan pernah dilantik sebagai Pegawai Dakwah di PERKIM SELANGOR dan sekarang berkhidmat sebagai Pegawai Dakwah di pertubuhan NGO Global UNITY Network di Kuala Lumpur. Saya teruskan misi dakwah sehinggalah ke hari ini. Alhamdulillah hasil daripada pengalaman saya dalam bidang dakwah, saya telah dilantik sebagai ahli PASAK(Pasukan Khas Akidah) Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan dan juga Panel Penasihatan Aqidah Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan yang mengendalikan rundingcara(kaunseling) kes-kes murtad dikalangan orang Islam. 

Sebenarnya penglibatan saya dalam bidang dakwah ini, niat memang nak share Islam, promote Islam, sampaikan mesej Islam berdakwah kepada orang lain, terutamanya non-muslim. Tapi sebenarnya saya sedang berdakwah kepada diri saya sendiri. Apabila saya membuat kerja-kerja dakwah, sebenarnya secara tidak langsung saya sedang berdakwah kepada diri saya sendiri. Sebenarnya dakwah yang paling utama adalah berdakwah pada diri sendiri! Bila saya dapat persoalan2 tentang agama yang tak dapat saya jawab, saya mula mencari jawapan. Dari situ saya mula mencari ilmu, dan belajar berdakwah. Saya mencari jawapan. Saya tanya persoalan-persoalan itu kepada Ustaz, Ustazah dan guru dakwah saya.  Sedikit sebanyak ilmu tentang agama saya belajar dan sedikit sebanyak persoalan-persoalan itu terjawab. Dan apabila sudah dapat jawapan, saya share jawapan tersebut dengan kawan-kawan non-muslim saya. Itulah proses saya belajar. Sambil berdakwah sambil belajar. Semakin lama semakin mendekati Islam. Terasa beruntung dan bersyukur dilahirkan dalam Islam.

Jadi kesimpulan disini, kita tahu Islam itu Indah, Islam itu cantik, Islam itu bukan sahaja best tapi best giler. Biasanya sesuatu yang best giler tu apa yang biasa kita buat? Kita akan promote kan? Kita akan share kan? Cth katakan kita baru lepas gi menonton movie yang baru terlatest dan best, kita akan promote pada kawan kita yang belum tgk movie tu utk gi tengok movie tu, betul kan? ataupun contoh lain, katakan lah kita makan makanan yang best giler, mesti kita share pada kawan kita untuk mencuba makanan dkt kedai itu, betul kan? Jadi kenapa tidak kita share dan promote Islam. Satu produk yang diturunkan oleh Allah yang syumul, yang lengkap yang hebat yang tiada cacat celanya? 

Jadi tugas dakwah ini adalah tugas kita semua, tugas saya dan tugas anda semua, ye termasuk anda. Tugas dakwah bukan hanya tugas para ustaz, ustazah, imam masjid atau surau, jabatan agama atau jabatan mufti sahaja. Kita yang mengaku umat Islam kene ambil tanggungjawab ini untuk berdakwah. Berdakwah untuk sebarkan keindahan Islam dan juga berdakwah untuk diri sendiri. InsyaAllah.. Merujuk kepada Surah Fussilat [41:33] yang bermaksud “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru(berdakwah) kepada Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam”

Sebenarnya orang-orang biasa-biasa pun boleh berdakwah tak semestinya ustaz-ustazah sahaja. Kita pun ada peranan yang boleh dimainkan dalam menyebarkan keindahan Islam.  

Berdakwah tak semestinya cerita pasal Islam jer. Tunjukkan akhlak Islam pun sudah dikira berdakwah. Senyum dan berbuat baik sesama jiran tetangga, rakan-rakan sekerja, beli barang-barang runcit dkt kedai Ah Chong sambil tanya khabar, sembang-sembang santai masa gunting rambut dkt kedai Mr. Muthusamy pun sudah dikira berdakwah, asalkan ada niat untuk berdakwah. Kene pasang niat untuk berdakwah dulu. Contoh, kalau kita dari sebelum Subuh hingga ke Maghrib tak makan dan tak minum dapat tak pahala puasa? Tak dapat pahala puasa, tapi kene ada niat. Kalau kita tak pasang niat, dapat tak apa-apa? Dapat.. Dapat lapar dan dahaga je.. 

Senyum pun boleh dikira berdakwah dan dapat pahala berdakwah tapi kene cara dan niat yang betul. Jangan pulak senyum dengan bini jiran sebelah dgn niat nak mengorat dia, itu bukan dapat pahala.. Nanti dapat BALA tu 🙂.. 

Dan bestnya Islam ini, Allah offer kita satu perniagaan yang boleh menyelamatkan kita dari azab api neraka yang pedih.. Wow!! Ini satu peluang perniagaan yang hebat ni! Allah ajak buat bisness dan bisnes tu konfirm tak rugi malah menyelamatkan daripada azab api neraka. Merujuk kepada surah As-Saff [61:10] yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

Allah ajak buat bisnes. Bisnes apa? Sambungan ayat ni lagi “Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui 

Inilah satu bisnes yang tak boleh kita tolak, dan kita kene buat.. Rugi besau kalau tak buat, iaitu berdakwah. Nampak tak bestnya Islam tu? Best tak Islam? Islam bukan hanya best tapi memang best. Islam Best giler.

Sekiranya konten ini bermanfaat, kongsikan kepada kenalan anda :