Posted on

Persoalan : Orang Islam pun sembah berhala! Penyembah berhala paling besar adalah orang-orang Islam! Dan berhala orang-orang Islam ini berwarna hitam, berbentuk empat segi berada di Mekah!

Jawapan : Ini adalah salah satu salah anggap dikalangan non-Muslim. Mereka menganggap orang Islam menyembah Kaabah. Ini adalah berikutan mereka menyaksikan di kaca television pada ketika perayaan Hari Raya Aidiladha atau biasanya dikenali sebagai Hari Raya Haji. Pada ketika itu orang Islam yang sedang mengerjakan ibadah akan sujud di hadapan Kaabah seolah-olah umat Islam menyembah Kaabah. Jadi mereka menganggap umat Islam menyembah berhala. Kita jangan terus cepat nak menyalahkan mereka, kita sebagai Muslim perlu bertanggungjawab memberikan penjelasan bagi memperbetulkan salah faham mereka dengan hikmah dan bijaksana. 🙂

Yang pertama, kita umat Islam hanya menyembah Allah SWT, Tuhan yang Esa, Tuhan yang telah mencipta seluruh alam semesta ini. Umat Islam tidak boleh menyembah selain daripada Allah, sekiranya kita menyembah selain daripada Allah SWT, kita telah berlaku SYIRIK dan kita akan dimasukkan ke NERAKA! Maka kalau ada orang Islam yang menyembah Kaabah, itu SYIRIK namanya dan akan dihumban ke NERAKA!

Yang keduanya, sebenarnya kita umat Islam bukan menyembah Kaabah, akan tetapi Kaabah itu adalah sebagai Kiblat atau satu direction atau satu hala tuju. Apabila masuknya waktu Solat semua orang Islam seluruh dunia akan menghala kepada satu Kiblat yang sama. Ini menunjukkan kesatuan di kalangan sesama Islam. Sekiranya tidak ada Kiblat, apabila masukkan waktu Solat, masing-masing hendak menghadap hala tuju sendiri. Ada yang nak menghadap ke utara, ada yang menghadap ke selatan, ada yang ke arah timur dan ada juga yang menghadap ke barat seterusnya akan bergaduh antara satu sama lain. Jadi Kaabah berfungsi sebagai satu Kiblat maka umat Islam tidak akan ada isu timbul berkenaan hendak menghadap mana. 

Apakah bukti umat Islam tidak menyembah Kaabah? Disini kita boleh memberikan beberapa bukti yang umat Islam tidak menyembah Kaabah. Jom kita bincangkan dalam edisi siasat 🙂

Bukti pertama : Pada zaman Nabi Muhammad SAW, Kiblat pada awalnya adalah bukan Kaabah yang terletak di Mekah. Pada peringkat awal, Kiblat adalah pada Masjid Al-Aqsa, di Baitul Maqddis, Jerusalem. Kemudian Allah SWT memerintahkan umat Islam menukar Kiblat kepada menghadap Kaabah di Mekah. Ini tercatit dalam al-Quran dalam Surah al-Baqarah [2:125] Allah SWT berfirman yang bermaksud

“Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): “Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud”

dan Surah al-Baqarah [2:144] Allah SWT berfirman yang bermaksud

“Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling menghadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.”  

Bukti kedua : Orang yang menyembah berhala tidak sesekali akan memijak berhala mereka sebab mereka akan hormat berhala yang mereka sembah. Walaubagaimanapun orang Islam sejak zaman berzaman telah memanjat bumbung Kaabah apabila mereka ingin menukar kelambu Kaabah atau dipanggil sebagai Kiswah. Ini bererti orang Islam telah memijak Kaabah sejak dari dahulu lagi. Ini memberikan bukti bahawa orang Islam tidak menyembah berhala

Bukti ketiga : Orang yang menyembah berhala tidak sesekali akan memijak gambar berhala mereka seperti mana mereka tidak akan memijak berhala mereka itu. Tetapi orang Islam setiap hari beribu-ribu orang Islam memijak gambar Kaabah yang terdapat di sejadah. Sekiranya orang Islam menyembah Kaabah makanya orang Islam akan mengelak untuk memijak gambar Kaabah. Akan tetapi ianya tidak berlaku dikalangan umat Islam.

Bukti keempat : Katakan dengan menggunakan teknologi moden, dengan menggunakan helikopter kita cuba mengalihkan Kaabah yang terdapat di Mekah tersebut ke tempat yang baru di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Jadi sekarang ini Kaabah telahpun dialihkan ke lokasi baru iaitu di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Persoalan disini, apabila telah masuknya waktu solat, adakah kita akan menghadap ke Mekah ataupun menghadapt ke Kaabah yang telah pun berada di Kuala Lumpur? Orang Islam akan tetap menghadap ke Mekah dalam menunaikan solat dan tidak menghadap ke Kaabah yang terdapat di Kuala Lumpur. Orang yang menyembah berhala, akan berpindah mengikut ke mana lokasi berhala itu berada dan tidak menghadap ke tempat asal. Tetapi orang Islam tidak kira walau dimanapun Kaabah berada, tetap akan menghadap ke Mekah dan bukannya menghadap Kaabah. Ini adalah satu bukti yang cukup jelas orang Islam tidak menyembah Kaabah akan tetapi Kaabah hanya satu Kiblat satu arah yang menyatukan seluruh umat Islam. 

Ini adalah satu bukti yang cukup jelas orang Islam tidak menyembah Kaabah akan tetapi Kaabah hanya satu Kiblat satu arah yang menyatukan seluruh umat Islam. 

Jadi, sekali lagi saya tegaskan, kita jangan terus cepat nak menyalahkan mereka, kita sebagai Muslim perlu bertanggungjawab memberikan penjelasan bagi memperbetulkan salah faham mereka dengan hikmah dan bijaksana. 🙂

Anda ingin belajar bagaimana menjawab persoalan-persoalan lain yang lazimnya ditanya oleh non-Muslim terhadap Islam? Klik button di bawah

Sekiranya konten ini bermanfaat, kongsikan kepada kenalan anda :