Saya bukanlah seorang Ustaz, baru nak start. Saya orang biase-biase je. Sedang berjuang untuk menjadi Mukmin insyaAllah. Antara sebab Sebab kurang selesa dengan panggilan ustaz, sbb saya tidak ada latar belakang pendidikan agama yang formal sebab itu saya kurang selesa dengan orang memanggil saya ustaz. Saya hanya bersekolah biasa sahaja. Sekolah agama pun saya tak masuk. Jadi saya rasa, biarlah title ustaz itu diberikan kepada yang benar-benar layak sahaja. Saya lebih selesa dipanggil Bro Hafizi sahaja. Salah satu sebab saya menggunakan title bro(tidak menggunakan title Ustaz) adalah untuk membuktikan orang biasa-biasa yang tidak ada background pendidikan agama yang formal pun boleh berdakwah.
Saya ingin memberikan suntikan penggalak ataupun motivasi kepada masyarakat bahawa orang biasa-biasa pun boleh berdakwah. Saya ingin membuang stigma ataupun salah faham bahawa tugas dakwah ini adalah tugas ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah sahaja. Ini lah perjuangan saya inilah jihad saya. Saya ingin menyampaikan kepada masyarakat, bahawa orang-biasa pun boleh berdakwah, bukan tugas ustaz / ustazah sahaja dan tidak perlu tunggu sampai ada title ustaz mahupun ustazah baru nak berdakwah. Paling tidak pun berdakwah kepada diri sendiri menjadi Muslim yang lebih baik dari sebelumnya. Fokus saya dalam bidang dakwah bukan hanya setakat berceramah di masjid-masjid dan surau-surau sahaja, tetapi berdakwah turun ke lapangan menyampaikan Islam kepada non-Muslim, menjawab persoalan-persoalan non-Muslim tentang Islam, menyantuni muallaf, mengendalikan kes-kes Murtad, mendekati orang yang jauh daripada Islam supaya lebih dekat kepada Islam dan sebagainya. Orang biasa-biasa tapi boleh buat kerja luar biasa. Ordinary person but do extraordinary work.









Sebenarnya tugas dakwah ini adalah tugas dan tanggung jawab semua orang muslim, tak kira lah dia tu orang biasa-biasa ke, cikgu ke, petani ke, pomen kereta ke, menteri ke, semua orang, termasuk saya dan anda. Ye anda yang sedang membaca mesej perkongsian ini.
Dakwah is our duty. Apa sahaja profession anda, anda boleh jadi daie/pendakwah secara tidak langsung. Anda tak perlu berhenti kerja dan menjadi pendakwah sepenuh masa. Anda bekerja sebagai akauntan secara tak langsung anda boleh jadi pendakwah, anda sebagai engineer and juga seorang pendakwah secara langsung, anda seorang guru anda juga boleh jadi pendakwah dalam masa yang sama. Begitu juga profesion-profesion yang lain.
Caranya adalah tunjukkan akhlak baik orang Islam, beri gambaran yang baik tentang islam, supaya mereka selesa dan tidak takut dengan Islam. Agar non-muslim lebih dekat dengan Islam. Banyak andaian yang buruk tentang islam dan kita perlu menangkis salah faham tentang Islam dengan berhikmah, rahmah dan kasih sayang. Saya percaya anda juga ada berkawan dengan kawan-kawan non-muslim kan? Buat baik kepada semua orang termasuk non-muslim..
Mula-mula kita berkenal-kenalan dulu(buat kenal dengan non-muslim), kemudian kita menjadi rapat, bila dah rapat menjadi mesra, bila dah mesra menjadi percaya(trust) dan boleh cerita bab-bab sensitif seperti bab agama.. Ini antara sebab kita kene berbuat baik dengan non-muslim. Kalu kita tak buat baik kepada non-muslim, mereka akan semakin jauh dengan kita, mcm mana nak berdakwah?! Mcm mana nak sampaikan Islam?! Point disini berbuat baik kepada semua termasuk non-muslim dan tunjukkan akhlak Islam. Actually, everyone can do dakwah.