Pada tips dakwah pada kali ini saya ingin berkongsi teknik dakwah dengan analogi Doktor dan Pesakit. Kita pernahkan pergi ke Klinik? Samada demam ke atau apa-apa masalah penyakit dan sebagainya. Bila kita sampai ke kaunter klinik, kita akan membuat pendaftaran masuk ke klinik. Seterusnya kita akan diminta untuk duduk sebentar sementara menunggu giliran kita untuk dipanggil berjumpa dengan doktor. Saya percaya anda sudah biasa dengan situasi seperti ini di klinik, bukan?
Katakanlah ini adalah kali pertama anda datang ke klinik itu dan berjumpa dengan doktor tersebut. Apabila anda masuk sahaja ke dalam bilik doktor setelah giliran anda dipanggil, doktor terus menyapa anda dengan senyuman penuh mesra “Yes Hafizi, come Hafizi, have a seat, silakan masuk Hafizi, jemput duduk” doktor mulakan sesi dengan sembang ringan sebagai ice breaking. Anda mungkin tertanya, eh? macam mana dia boleh kenal aku? padahal ini first time jumpa dia, dan dia borak dengan aku macam dah kenal 10 tahun! Ini mungkin persoalan anda yang membuatkan anda tertanya-tanya. Ini adalah disebabkan doktor sudah melihat serba sedikit berkenaan butiran diri kita sebelum kita masuk, betul tak? Selepas dalam seminit dua ice breaking tersebut, doktor mula bertanya “What can i do for you?” Biasanya doktor yang biasa-biasa yang lain akan terus tanya “Awak sakit apa?”. Perkataan “sakit” itu sendiri sudah negatif. Jadi, doktor yang luar biasa akan tukar perkara negatif menjadi positif dengan bertanya “Bagaimana saya boleh bantu anda?” Aha, PR doktor mcm ni bagus👍🏻. Ada beza doktor biasa-biasa dengan doktor luar biasa tau. 😊
Begitulah juga dengan dakwah. Sebelum kita berjumpa dengan mad’u kita, kita kene kenal dulu latar belakang dia, apa agama dia, apa pantang larang dalam agama dia. Do some homework. Dan mulakan dakwah dengan mesra dan positive vibes agar perkara-perkara negatif yang berlegar dalam minda non-muslim dapat dikendurkan. Apabila jumpa orang buat pertama kali, kita mesra dengan orang, dia akan selesa, dia akan cool down dan tenang.
Katakanlah, kemudian anda pun menjawab kepada doktor tadi yang anda sebenarnya sedang sakit perut. Persoalan, saya nak tanya kepada anda sakit perut tu punca atau petanda(simptom)? Sebenarnya, sakit perut adalah petanda. Apakah puncanya? Puncanya boleh jadi salah makan, keracunan makanan, masuk angin, gastrik, apendik, jangkitan kuman ataupun boleh jadi kene buatan orang (mengandung bagi perempuan)😅. Persoalan, doktor apabila nak merawat, doktor akan merawat petanda atau punca? Kebiasaannya doktor akan merawat punca. Ini yang penting sebenarnya kita kene merawat punca. Bila kita merawat punca, petanda akan hilang dengan sendirinya. Sebagai contoh, katakan minyak petrol kereta anda dah nak dekat habis, lampu minyak dengan dashboard kereta anda akan menyala, bukan? Kalau merawat petanda(simptom), kita amik tukul besi(hammer) dan pecahkan lampu dekat dashboard tu, lampu itu padam, tapi masalah tak selesai! Tahu-tahu anda tersadai di tepi jalan sebab minyak petrol dah habis! Berbeza kalau merawat punca, kita tahu punca lampu dashboard bernyala adalah berpunca disebabkan minyak petrol sudah kurang, jadi bila kita isi gas petrol, masalah selesai, tanpa kita pecahkan lampu di dashboard kereta kita. Ini beza merawat petanda(simptom) dengan merawat punca!
Kesilapan yang sering berlaku dikalangan pendakwah adalah kita seringkali melihat petanda yang didepan mata dan kita hanya sekadar merawat petanda tanpa menilai dan mengkaji apakah punca yang menjurus kepada petanda tersebut. Namun, nak cari punca bukan mudah, kene siasat, kene banyak tanya kene selidik. Kene banyak mendengar, jadi pendengar yang baik dan kritis. Bukan banyak ceramah! Masalah pendakwah tidak kaji dan selidik dahulu(tidak banyak bertanya untuk cari punca), terus bagi ceramah yang kekadang tak kene mengena dengan isu masalah asal! Ibarat orang sakit perut kita bagi makan ubat sakit gigi!
Baik, persoalan lain sy nak tanya kepada anda, antara doktor dan pesakit siapakah yang paling banyak bercakap? Sebenarnya pesakit yang banyak bercakap, doktor tanya sikit pesakit yang jawab banyak. Doktor yang control keadaan dengan banyak bertanya sebab nak dapatkan maklumat-maklumat bagi mengenalpasti kemungkinan punca kepada sakit tersebut. Bila doktor dah jumpa puncanya, makanya doktor akan bagi solusi iaitu ubat. Dan doktor kalau nak bagi ubat pun bukan semua orang doktor bagi ubat yang sama. Ubat berbeza mengikut jantina, umur dan jenis sakit, dos juga berbeza, ada yang doktor bagi pil, ada bagi ubat cecair dan ada doktor bagi suntikan(injection). Lain orang lain ubat dan lain dos ubat. Begitu juga dengan dakwah, lain orang, lain pendekatan kita, kene tengok kesesuaian mad’u kita. Jangan pukul rata semua dengan cara yang sama. Pendakwah mestilah dinamik menggunakan kaedah yang berbeza utk mad’u yang berbeza.