Pernah tak anda pergi memancing ikan? Atau pernah tak anda tengok orang memancing ikan? Biasanya bila kita nak memancing ikan kita akan pakai umpan, betul? Umpan apa yang biasa kita pakai? Apa dia? Cacing?? Anda suka makan cacing ke? Eeeee.. Geli..

Betul, memang itu lah jawapannya. Kita guna cacing sebagai umpan sebab ikan suka makan cacing. Maka disini umpan yang kita nak guna, pakai umpan yang ikan suka bukan umpan yang kita suka, walaupun kita geli dengan umpan tadi. Bukan pakai mee goreng, walaupun bentuk dan color lebih kurang sama, tapi ikan tak makan mee goreng. Jadi nak berdakwah juga perlu gunakan umpan yang mad’u atau kumpulan sasaran kita suka, bukan apa yang kita suka. Kalau kita pakai umpan yang kita suka kita akan terperangkap dalam perangkap Triple S, apa itu perangkap Triple S? Iaitu Sindrom Syok Sendiri. Kekadang dalam kita berdakwah, orang tidak datang kepada kita sebab kita tak guna umpan yang dia suka tapi kita pakai umpan yang kita suka. Kita syok sendiri. Pastu kita putus asa dalam berdakwah. Cara kita tu yang tak berapa betul! Pastu kita marah-marah! sebagai contoh, kita mengeluh, kita cakap anak-anak muda zaman sekarang dah jauh dengan agama, jarang datang ke masjid! Jangan begitu tuan-tuan puan-puan.. Sepatutnya pihak masjid kene umpan anak-anak muda untuk datang ke Masjid. Pihak masjid yang bijak akan buat program-program apa yang orang muda suka yang remaja suka, barulah akan menarik orang muda untuk datang. Jadi tidaklah timbul masalah masjid hanya dipenuhi oleh remaja-remaja berumur 50thn, 60thn dan keatas sahaja.
Jadi guna umpan apa yang ikan suka, bukan apa yang kita suka
Akan tetapi tak semua ikan boleh pakai umpan cacing! Kalau nak tangkap ikan Jerung tak kan nak pakai umpan cacing. Betul tak? Lain ikan lain umpan. Ada ikan kita pakai roti, ada ikan kita pakai anak ikan, ada ikan kita pakai anak katak ataupun sotong ataupun lain-lain umpan.
Begitu juga dalam kita nak berdakwah, kita tengok dengan siapa kita nak sampaikan dakwah kita tu, berdakwah dengan anak kecil ke, berdakwah dengan non-muslim ke, berdakwah dengan muallaf ke, apa bangsa dia, apa latar-belakang dia, tahap pendidikan dia mcm mana, bagaimana sensitiviti dia, hobi dan kesukaan dia apa, semua ini kita kene ambil kira. Dan gunakan umpan yang dia suka bukan apa yang kita suka selagi mana umpan tersebut tidak haram. Lain kumpulan sasaran dakwah, atau mad’u kita tu, lain cara / kaedah / approach dakwah kita. Tak semua pakai standard dakwah yang sama sahaja..
Sebagai contoh pengalaman saya sendiri dalam berdakwah, kisah ni apabila saya menyertai program street dakwah di Kuala Lumpur. Setelah selesai program street dakwah tersebut dalam perjalanan balik rumah, sementara saya menunggu train balik ke Kajang(sbb saya naik MRT) ada seorang cina dari jauh memerhatikan saya. Lepas tu makin lama makin dekat dan makin menghampiri saya sambil memerhatikan saya. Bila makin dekat sambil jari tangan dia menunjukkan ke arah muka saya, dan baju saya yang tertulis “Worship The Creator Not His Creation”. Beliau pun bertanya kepada saya apakah maksud teks yang tertera pada t-shirt saya tersebut, lalu saya pun berikan sedikit penerangan mengenai maksud teks tersebut. Begitulah permulaan conversation kami dan saya menerangkan berkenaan perkara itu kepadanya. Point yang saya nak sampaikan disini adalah bagaimana baju saya boleh menjadi umpan dan dapat menarik perhatian orang untuk bertanya. Jadi tips berdakwah pada kali ini adalah “Umpan – Gunakan umpan yang ikan suka bukan apa yang kita suka”