“Menghubungkan dakwah dengan teknologi moden bagi melahirkan generasi pendakwah digital yang lebih strategik, berhikmah dan berimpak.”
Saya merupakan seorang pendakwah lapangan yang aktif menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat pelbagai latar belakang melalui pendekatan hikmah, dialog dan komunikasi strategik.
Selain aktif dalam dunia dakwah, saya juga terlibat secara langsung dalam bidang teknologi digital dan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence / AI), khususnya dalam membantu para pendakwah, agensi agama, NGO dan organisasi membina gerakan dakwah digital yang lebih sistematik, relevan dan berimpak tinggi.
Dengan gabungan pengalaman dalam dakwah lapangan, latihan korporat serta teknologi AI, saya memberi fokus kepada:
Saya percaya bahawa dakwah hari ini bukan sekadar bercakap di hadapan khalayak, tetapi bagaimana mesej Islam dapat disampaikan secara lebih luas, konsisten dan menyentuh hati manusia melalui medium digital yang tepat.
“Teknologi AI bukan untuk menggantikan pendakwah, tetapi memperkasakan penyampaian dakwah agar lebih luas, cepat dan berimpak.”
— Mohammad Hafizi Mohd Radzi (BroHafizi)
Tetaplah teguh dalam dakwahmu, janganlah lelah mengajak kebaikan, dan sertailah setiap langkahmu dengan ikhlas dan kesabaran. Allah bersama orang-orang yang sabar.
Bro Hafizi, sentiasa komited dengan gerak kerja dakwah, berkarisma dan berintegriti dalam melaksanakan setiap amanah dan tanggungjawab.
Seorang yang bertoleransi dalam banyak aspek terutama pergaulan antara agama dan kaum & mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan mudah difahami dalam menyampaikan dakwah.
Sejak mengenali beliau, beliau adalah seorang pendakwah yang sentiasa dengan senyuman. Bro Hafizi sangat kental, mesra, pendakwah yang sempoi dan terkehadapan di dalam dakwah zaman moden.
Bro Hafizi amat sabar hadapi setiap cabaran dalam dakwah. Beliau juga kuat berusaha untuk mencapai impian & cita-citanya.
Pendakwah berjiwa kental yang selalu bersemangat untuk sentiasa melakukan usaha dakwah secara berhemah dan istiqamah.
Saya kenal Bro Hafizi sebagai pendakwah yang mempunyai semangat kental luar biasa dan sentiasa berfikiran positif. Beliau cekal dan mempunyai iltizam yang tinggi kepada mad'u mualaf dan golongan bukan Islam. Saya sangat kagum dengan usaha beliau dan menjadikan beliau dan NGO beliau sebagai ikon teladan kami.
Bro Hafizi, seorang pendakwah yang serba boleh dengan penampilan menarik & penyampaian ilmu yang santai tapi sampai kepada sasaran dakwah.
Sahabat saya yang sentiasa dan begitu komited dalam Usaha Dakwah kepada Non Muslim dan Mualaf. Sentiasa Bersedia dan Menerima tugasan dengan jalinan terbaik kepada team JAWI dan Jabatan Agama Islam Negeri yang lain.
Klik pada sijil untuk paparan penuh · 19 sijil & dokumen
Koleksi gambar korporat, program training, bersama para mufti, ulama dan selebriti dakwah dari seluruh Malaysia.