Kami dari Global UNITY Network telah dijemput mengendalikan kursus train of trainer – Handling Murtad yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Melaka pada 4-5 Mac 2024 bertempat di Hotel Puteri Bay, Melaka. Seramai lebih kurang 35 orang peserta telah hadir dari pelbagai latar belakang yang rata-ratanya dari kalangan pendakwah yang aktif berdakwah di negeri Melaka. Kursus ini telah dirasmikan oleh SS Datuk Wira Hj Abdul Halim Bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka












