Malam 31 Disember 2024, suasana di Dataran Merdeka penuh dengan cahaya dan kemeriahan. Ramai yang berkumpul menunggu detik 12 malam untuk menyambut tahun baru. Tetapi bagi kami, malam ini ada makna yang lebih mendalam. Kami, daripada Global UNITY Network, bersama sukarelawan Core UNITY Team (CUTe), pegawai-pegawai Bahagian Dakwah JAWI, dan pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Mandarin Pulau Ketam, hadir untuk menyertai program Gema Munajat Kuala Lumpur – Ambang Tahun Baru 2025 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Sebagai sebahagian daripada program ini, kami menggerakkan aktiviti UNITY Friendly Outreach (UFO) atau lebih dikenali sebagai street dakwah. Lebih kurang jam 8:00 malam, kami dah ready dekat sekitar Dataran Merdeka. Orang ramai memang penuh disitu daripada kalangan locals dan juga pelancong dari macam-macam negara seperti Vietnam, China, Perancis, India dan banyak lagi. Kebanyakan mereka ni memang tengah tunggu acara fireworks detik jam 12 malam kerana itulah tujuan utama mereka ke situ. So, team UFO CUTe pun approach mereka dengan cara santai, senyum, dan mesra.
Lokasi operasi kami adalah di sekitar padang Dataran Merdeka, mendekati pelbagai individu. Sambutan daripada mereka sangat positif. Ada yang senyum ketika kami sapa, ada juga yang terus bertanya soalan tentang Islam. Mereka sangat mesra dan appreciate bila kami explain dengan baik. Ada juga yang cakap, mereka sebenarnya dah lama nak tahu pasal Islam tapi tak pernah dapat peluang macam ni.
Pengalaman berinteraksi dengan non-Muslim malam itu membuka mata kami. Ramai yang selama ini ingin tahu tentang Islam, tetapi tidak tahu di mana hendak mencari maklumat. Malam itu kami dapat menjelaskan konsep asas Islam, membetulkan salah faham, dan menjawab persoalan yang mereka ada – semuanya dengan cara yang santai dan harmoni.
Salah satu momen yang kami tak boleh lupa adalah bila seorang pelancong cakap, “Saya tak pernah tahu Islam macam ni. Selalu dengar benda buruk pasal Islam. Tapi lepas awak explain, saya rasa lebih faham tentang Islam.”
Saya tak pernah tahu Islam macam ni. Selalu dengar benda buruk pasal Islam. Tapi lepas awak explain, saya rasa lebih faham tentang Islam.
Pelancong non-Muslim
Surprisingly, non-Muslim yang didekati rata-ratanya open-minded. Mereka tidak segan silu untuk bergambar bersama kami malah ada juga yang ambil wefie lagi bersama kami. Mereka tidak kekok untuk bergambar kenang-kenangan bersama selepas pertemuan singkat itu. Suasana sangat harmoni pada ketika itu.
Bagi peserta yang baru pertama kali menyertai dakwah jalanan, aktiviti UFO ini adalah pengalaman yang manis buat mereka. Pada mulanya, mereka nampak gementar, tetapi lama-kelamaan, mereka semakin seronok pulak. Hasil tunjuk ajar dan panduan daripada team UFO CUTe keyakinan mereka semakin bertambah dan semakin bersemangat nak sapa non-Muslim. Ada dikalangan para pelajar Tahfiz Mandarin menggunakan bahasa Mandarin untuk berbual dengan non-Muslim yang berketurunan Cina. Wajah mereka jelas teruja kerana berjaya berkomunikasi dan menyampaikan mesej Islam dengan berkesan.
Bagi pegawai-pegawai JAWI pula, pengalaman ini memberi mereka perspektif baru tentang pendekatan dakwah. Kebanyakkan mereka tak sangka, non-Muslim yang didekati malam tu rata-rata sangat mesra. Ada yang tersenyum bila ditegur, ada yang curious dan terus bertanya macam-macam soalan. Mereka kagum dengan cara non-Muslim menyambut baik kehadiran team UFO CUTe, malah mereka menyaksikan ramai non-Muslim yang berterima kasih kerana sudi meluangkan masa berbual dan menerangkan Islam kepada mereka.
Aktiviti UFO malam itu selesai pada pukul 10 malam. Selepas itu, semua peserta yang terlibat berkumpul di pentas utama untuk mendengar tausiyah daripada Bro Shah Kirit, Presiden Global UNITY Network. Tausiyah itu memberikan inspirasi kepada kami menjalankan tanggungjawab sebagai pendakwah dan terus berusaha menyampaikan mesej Islam dengan cara yang harmoni, penuh hikmah, dan kasih sayang.
Malam itu bukan hanya tentang menyantuni non-Muslim tetapi juga tentang menguatkan semangat kami sendiri sebagai daie. Kami belajar bahawa dakwah adalah peluang untuk membina hubungan, membuka hati, dan memperkenalkan keindahan Islam.
Terima kasih kepada DBKL kerana menganjurkan program Gema Munajat Kuala Lumpur, serta semua sukarelawan dan peserta yang menjayakan aktiviti malam itu. Kami pulang dengan hati yang penuh kesyukuran dan semangat untuk terus membawa misi dakwah harmoni ini ke hadapan.
Aktiviti UFO ni bukan sekadar street dakwah biasa. Selain daripada tujuan utama untuk menyampaikan mesej Islam, ia juga memupuk sikap saling kenal-mengenali, faham memahami dan hormat menghormati, untuk mencapai kehidupan yang aman damai dalam keadaan yang harmoni. Ia adalah bukti bahawa perpaduan dan keharmonian boleh dicapai kalau kita berani mendekati orang lain dengan hati terbuka.
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Surah al-Hujurat [49:13]
“Next time nak join jugak lah!” ini adalah antara feedback yang kami terima daripada para peserta yang turut serta dalam aktiviti UFO kali ini.
Jangan risau, Global UNITY Network sentiasa ada program macam ni. Stay tuned, and siapa tahu, korang mungkin next CUTe dalam aktiviti UFO seterusnya!
Tahun baru, misi baru – dakwah yang lebih bermakna!
StreetDakwah #UNITYFriendlyOutreach #GemaMunajatKL #TahunBaru2025