Dalam perkongsian saya yang lepas, saya ada share perhubungan saya bersama kawan-kawan non-Muslim sejak dibangku sekolah lagi sehinggalah kepada berbisnes bersama bisnes partner saya yang non-Muslim. Dari peringkat sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah, saya bersama sahabat-sahabat Melayu yang lain bersama dalam sekolah yang campur semua bangsa, kaum dan agama. Kami belajar bersama, bermain bersama dan hubungan itu kekal harmoni hingga kini.
Saya percaya ada juga diantara anda ada juga berkawan dengan kawan-kawan non-Muslim kan? Teruskan perhubungan baik tersebut. Kita sebagai umat Islam dituntut untuk berbuat baik kepada semua orang termasuk kawan-kawan kita yang non-Muslim. Akan tetapi bagaimana pula yang tak pernah berhubungan dengan non-Muslim? Sedikit tips untuk anda. Mula-mula kita berkenal-kenalan dulu(buat kenal dengan non-Muslim), kemudian kita menjadi rapat, bila dah rapat, perhubungan itu menjadi mesra, bila dah mesra, perhubungan itu menjadi percaya(trust) antara satu sama lain. Bila sudah mencapai saling percaya mempercayai antara satu sama lain, baharulah boleh cerita bab-bab sensitif seperti bab agama. Ini antara sebab kita kene berbuat baik dengan non-Muslim. Kalau kita tak buat baik kepada mereka iaitu non-Muslim, mereka akan semakin jauh dengan kita, mcm mana nak berdakwah?! Macam mana kita nak sampaikan Islam?! Point disini berbuat baik kepada semua termasuk non-Muslim dan tunjukkan akhlak yang baik yang Islam ajar. Kita umat Islam perlu memainkan peranan sebagai Duta Islam(Ambassador of Islam)

Tugas kita hanya menyampaikan mesej Islam. Ramai juga yang beranggapan yang buat dakwah ini kene convert orang masuk Islam. NO! OUR JOB IS JUST TO CONVEY NOT TO CONVERT!
OUR JOB IS JUST TO CONVEY NOT TO CONVERT!
Dakwah bukan bererti kita kene convert orang masuk Islam, dakwah bererti menyampaikan mesej Islam iaitu menyeru kepada yang maaruf dan mencegah yang mungkar. Sebab dalam Islam tiada paksaan dalam agama, Allah swt berfirman dalam Surah Al-Baqarah [2:256] “la iqra hafiddin” yang bermaksud “tiada paksaan dalam beragama”. Kita tak boleh paksa orang masuk Islam. Soal dia nak masuk Islam atau tidak itu urusan dia dengan Allah.
Lepas tu ada yang bertanya kepada saya, Abih tu bro Hafizi, mcm sia-sialah usaha dakwah kalu xde orang masuk Islam?
Saya jawab balik : Hidayah itu milik Allah, Allah yang bagi hidayah. Bukan kita bertanggungjawab untuk memastikan orang masuk Islam, Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:-
“Bukanlah kuasa kamu untuk memberi hidayah kepada mereka tetapi hanya Allah SWT sahaja yang akan memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki”
Surah al-Baqarah [2:272]
Tugas kita hanya sampaikan sahaja penerangan mengenai Islam semampu kita. Do the best that we can do. Our Job is just to convey not to convert akan tetapi dengan harapan Allah membuka hatinya untuk menerima hidayah Allah dan menerima kebenaran Islam
Kita harus ambil iktibar daripada perjuangan dakwah Nabi SAW yang tidak dapat memberi hidayah kepada bapa saudaranya Abu Talib, Nabi Nuh a.s berdakwah hampir 1000 tahun tidak dapat memberi hidayah kepada anak dan isterinya dan hanya sebilangan kecil sahaja yang mengikut seruan Nabi Nuh a.s, juga Nabi Ibrahim tidak dapat memberi hidayah kepada ayahnya tukang pembuat berhala. Itu para Nabi tu, apatah lagi kita!
Hidayah adalah milik Allah swt. Kita hanya berusaha menyampaikan mesej Islam. Selebihnya kita berdoa kepada Allah agar memberi hidayah kepada mereka.
Dan satu lagi, kerja kita bukan nak kira berapa banyak orang yang kita dah bawak masuk dalam Islam, akan tetapi yang paling penting yang harus dikira adalah berapa banyak USAHA kita dalam mengajak orang kepada kebenaran Islam iaitu buat kerja-kerja dakwah. Inilah sebenarnya KPI kita! Allah SWT tengok USAHA kita bukan Hasil! Dan Allah SWT memberi ganjaran yang besar atas usaha dakwah kita. InsyaAllah
Allah SWT tengok USAHA kita, bukan Hasil!