Senang ke buat dakwah ni tuan-tuan? Senang je, sebenarnya everybody can do dakwah.. Cewah, macam motto Air Asia pulak. 😊 tapi sebenarnya banyak cabaran. Tapi sebenarnya cabaran ini baik utk kita, semakin banyak cabaran dalam berdakwah akan buat kita semakin kuat dan semakin tabah. Semakin tinggi cabaran semakin kuat pegangan kita dalam Islam dan semakin kuat akidah kita dalam Islam. Ambil contoh analogi gym. Kalau nak badan SASA atau biasa orang panggil SADO atau ‘tough‘ tak kan setakat angkat dumbell 2 kilo je? Mungkin mula-mula start main gym kita mampu angkat 5 kilo jer, pastu lama-lama kita mampu angkat 10 kilo, pastu naik lagi jadi 20 kilo, baru lah badan jadi sado. Itulah cabaran untuk dapatkan badan yang SADO! Makin lama cabarannya semakin besar dan semakin berat! Kalu setakat angkat 2 kilo je sampai bila-bila, macam mana badan nak naik! Tak payah susah main gym tu, gi gymnastik sesuai kot. Gurau jer 😉
Dakwah ni ikut kemampuan masing-masing. Orang kuat cabaran dia besar, orang yang lemah cabaran dia kecil. Orang lemah hanya mampu angkat 5 kilo jer, manakala orang kuat boleh angkat 20 kilo dan mungkin lebih. Kemampuan masing-masing lain-lain. Kalau kita rujuk ayat quran Surah al-Baqarah [2:286] yang bermaksud:-
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya
”Surah al-Baqarah [2:286]
Jadi, buat dakwah ikut kemampuan kita. Apa yang kita tahu, kita sampaikan. Saya nak kongsikan kisah benar:-
Budak darjah 6
Ada satu budak berumur lebih kurang darjah 6 sekolah rendah. Dia selalu ikut join street dakwah ikut mak dia. Setiapkali mak dia turun ke lapangan untuk buat street dakwah, anak dia akan join sekali. Memang aktif turun ke lapangan untuk berdakwah. Kerja budak ni hanya edarkan flyers jer. Bila ada orang lalu lalang dia akan bagi flyers tersebut kepada non-Muslim. Ada beberapa non-Muslim yang berminat nak tahu, dia bawak jumpa mak dia. Then mak dia explain. Mudah bukan? Kalau budak darjah 6 pun boleh buat, takkan anda tak boleh buat.. he he.. ikut kemampuan kita..
Pesara Polis
Ada satu lagi contoh lain yang ingin saya kongsikan. Ada seorang pesara polis, selalu turun ke lapangan ikut kami buat street dakwah atau lebih di kenali sebagai UFO – UNITY Friendly Outreach. Mula-mula beliau tak pandai bercakap kepada non-Muslum tapi beliau sangat aktif berdakwah. Setiap kali kami buat UFO, beliau mesti akan turun. Kerjanya hanya pegang goodies beg pada peringkat awal penglibatannya. Dia ikut je senior-senior yang dah biasa buat dakwah. Pelan-pelan dia belajar. Lama-kelamaan dia boleh menyampaikan mesej Islam kepada mad’u.
Point disini adalah buat je, turun buat dakwah. Sambil tu belajar berdakwah. Orang kata sambil berdakwah sambil belajar. Yang penting turun ke lapangan dakwah, jumpa non-Muslim, sambil tu belajar berdakwah. Kalau nak tunggu pandai atau terer macam Dr Zakir Naik atau Syeikh Ahmad Deedat baru nak berdakwah, sampai bila-bila pun kita tak akan berdakwah. Saya bagi satu contoh, kalau kita nak berenang, tapi tak pernah masuk kolam, agak-agak boleh berenang tak? Confirm tak boleh berenang!! Kaedah yang terbaik adalah belajar berenang dengan masuk ke kolam! Mula-mula memanglah akan tenggelam-timbul, terminum air klorin, lama-lama badan dah boleh terapung sikit akhirnya boleh berenang. Belajar dari kesilapan. Kekadang kesilapan adalah GURU yang TERBAIK kepada kita!
Begitulah dengan dakwah, point disini adalah belajar dakwah dan turun ke lapangan dakwah, jumpa mad’u kita, jumpa non-muslim! Mula-mula memang kekok tak pandai, lama-lama jadi terer dan boleh jadi seronok berdakwah! Syok berdakwah ni tau!