Posted on

Adakah al-Quran diturunkan untuk orang-orang Melayu sahaja? Ataupun adakah al-Quran diturunkan hanya untuk orang-orang Islam sahaja? Tidak! al-Quran diturunkan untuk SEKELIAN UMAT MANUSIA! Merujuk kepada Surah al-Baqarah [2:185] yang bermaksud

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi SEKELIAN MANUSIA, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan PETUNJUK dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah”.

Al-Quran diturunkan untuk SEKELIAN UMAT MANUSIA!

Jelas disini bahawa al-quran adalah PANDUAN(manual book) untuk SEMUA MANUSIA termasuk juga non-Muslim! Termasuklah orang Cina juga adalah manusia, orang India juga manusia, orang Iban Kadazan juga manusia, hatta orang Kristian, orang Hindu orang Buddha juga adalah manusia. Mereka juga ada Hak untuk menerima mesej dari al-Quran!

 

Persoalannya sekarang, bagaiman mana isi al-Quran(mesej al-Quran) boleh sampai kepada non-Muslim? Siapa yang sepatutnya bertanggungjawab menyampaikan isi al-quran kepada non-Muslim? Tugas siapa? Mestilah orang yang telah baca al-Quran akan menyampaikan mesej al-Quran itu kepada non-Muslim! Persoalannya adakah kita yang sudah membaca al-Quran itu sudah sampaikan mesej al-Quran itu kepada seluruh umat manusia termasuk non-Muslim? Kita harus amik iktibar daripada semangat sahabat Nabi SAW yang setiap kali wahyu turun kepada Nabi SAW disampaikan kepada sahabat dan juga kaum musyrik yang lain. Jadi sudah pasti adalah menjadi tanggungjawab kita umat Islam yang telah membaca al-Quran untuk sampaikan mesej dari Tuhan sekelian alam kepada sekelian manusia termasuk non-Muslim! Merujuk kepada al-Quran Surah al-Baqarah [2:42] Allah SWT berfirman yang bermaksud

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan janganlah kamu sembunyikan akan kebenaran itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.”

Kita tahu Islam agama yang benar,kan? Kita tahu Allah satu-satunya Tuhan dan yang sebenar-benar Tuhan, kan? Jadi jangan kita menyembunyikan kebenaran tersebut. Kita harus menyampaikan kebenaran tersebut! 

Sekiranya konten ini bermanfaat, kongsikan kepada kenalan anda :