Pada ketika artikel ini ditulis ia jatuh kepada 17 Ramadan yang kita semua sedia maklum ia adalah sambutan Nuzul al-Quran. Sudah pasti kita akan mengambil ibrah melalui sejarah peristiwa penurunan al-Quran (Nuzul al-Quran) yang berlaku pada malam al-Qadr. Ini menunjukkan bahawa Ramadhan dan al-Quran adalah dua elemen yang berpadu dan tidak terpisah. Penurunan al-Quran berlaku dari Luh al-Mahfuz ke Bait al-Izzah (langit dunia), seterusnya diturunkan kepada Rasulullah SAW secara beransur-ansur selama dua puluh tiga tahun mengikut keperluan atau keadaan tertentu.
Sebagai mukjizat Rasulullah SAW, kita umat Islam harus mengetahui apakah TUJUAN UTAMA al-Quran diturunkan sebagai kecintaan kita kepada al-Quran.
Saya nak bawakan satu analogi. Bayangkan, katakanlah anda telah membeli satu SmartPhone yang sangat canggih. SmartPhone tersebut bukan sahaja boleh digunakan untuk berkomunikasi, tetapi boleh juga membuka lampu rumah, mengaktifkan aircond, malah boleh mengawal kereta anda. Pendek kata tersangat canggih. Akan tetapi SmartPhone tersebut langsung tiada button. Dan anda disertakan bersama sebuah Manual Book semasa anda membeli SmartPhone tersebut. Akan tetapi Manual Book tersebut dalam bahasa German. Contoh manual tersebut :
Anleitung zu verwenden
- Einrichtung: Um Ihr Smartphone zu benutzen, müssen Sie es zuerst einrichten. Schalten Sie das Telefon ein und folgen Sie den Anweisungen auf dem Bildschirm, um das Betriebssystem und Ihre bevorzugten Einstellungen einzurichten.
- Apps: Das Herzstück jedes Smartphones sind die Apps. Laden Sie Apps herunter, indem Sie den App-Store öffnen, nach der App suchen, die Sie herunterladen möchten, und dann den Anweisungen auf dem Bildschirm folgen, um die Installation abzuschließen.
- Telefonieren: Um jemanden anzurufen, öffnen Sie die Telefon-App, geben Sie die Nummer ein und tippen Sie auf den grünen Anruf-Button. Sie können auch die Kontakte-App verwenden, um eine Person aus Ihrer Kontaktliste anzurufen.
Anda tentu boleh membaca manual tersebut, bukan? Walaupun ianya dalam Bahasa German, tetapi huruf tulisan adalah lebih kurang tulisan rumi, sebab ia menggunakan tulisan RUMI(A-Z). Bukan menggunakan tulisan seperti tulisan Cina mahupun tulisan India yang kita pun tak boleh nak baca pun. Terdapat 30 muka surat dalam manual book tersebut yang memberi panduan bagaimana membuka dan menggunakan SmartPhone tersebut. Anda pun baca dan anda menghafal setiap helai 30 muka surat bermula muka surat pertama hingga ke akhir siap ikut lenggok bunyi German sekali (ikut tajwid & taranum). Sekarang persoalannya, agak-agak boleh tak anda buka SmartPhone tersebut? Tak boleh? Eh? Bukan ke anda sudah hafal keseluruhan manual tersebut dari muka surat pertama hingga muka surat ke30? Betul, anda hanya boleh membuka hanya jika anda FAHAM akan bahasa German tersebut, betul tak? Seterusnya setelah anda FAHAM dan anda AMALKAN panduan dalam manual book tersebut baharulah SmartPhone itu boleh dibuka dan digunakan.
Begitu juga dengan al-Quran. Tujuan UTAMA al-Quran diturunkan adalah untuk menjadi PANDUAN kepada sekelian umat manusia. Panduan itu bukan hanya untuk sekadar dibaca dihafal dan dilagukan(ikut tajwid & taranum), malah untuk ditadabbur, difahami, diamalkan dan harus disebarkan mesej-mesej dari yang Maha Pencipta untuk sekelian makhluknya. Kita harus “MENGKAJI” al-Quran bukan hanya sekadar mengaji al-Quran. Jadi, marilah kita kembalikan al-Quran kepada TUJUAN UTAMA ianya diturunkan.