Posted on

Alhamdulillah, selesai sudah kami mengendalikan Kursus Asas Dakwah Fundamentals and Basics of Interfaith(FBI Lite) untuk para pelajar Kolej Yayasan UEM(KYUEM) di Lembah Beringin. Jutaan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Musolla Community (Muscom) kerana sudi menjemput kami bagi mengendalikan kursus asas dakwah ini. Kursus ini memberikan pendedahan asas kepada dakwah khususnya kepada non-Muslim, kepentingan menyampaikan Islam dengan kaedah yang harmoni dan berkesan dan teknik-teknik menjawab persoalan-persoalan yang lazim ditanya oleh non-Muslim mengeni Islam sebelum mereka melanjutkan pengajian di universiti di luar negara

Antara pengisian yang kami bawakan pada kursus asas dakwah ini adalah

  • Kepentingan dan Kesedaran dakwah
  • Ilmu perbandingan Agama
  • Modern Science Finds God

Sekiranya konten ini bermanfaat, kongsikan kepada kenalan anda :