Posted on

Kita sebagai umat Nabi SAW, apakah benar kita sayang Nabi SAW? Apabila ditanya kepada semua orang Islam, kebiasaanya mereka akan jawab Ya, kami cinta dan sayang kepada Nabi SAW. Tp adakah kita mencontohi perjuangan Nabi SAW? Ada tak kita buat apa yang Nabi SAW buat? Sekiranya benar-benar kita mencintai Nabi SAW, kita harus mengamalkan Sunnah baginda SAW. Betulkan?

Persoalan, apakah sunnah Nabi yang PALING UTAMA? Apakah Sunnah yang PALING BESAR sepanjang 23 tahun kehidupan Nabi SAW yang Nabi SAW tidak pernah tinggal?

Sunnah Nabi SAW yang paling BESAR dan PALING UTAMA adalah DAKWAH, mengajak/menyeru sekelian semua manusia ke jalan Allah. Sunnah Nabi SAW bukan hanya sekadar simpan janggut, pakai jubah pakai serban dan sebagainya(itu Sunnah kecil), akan tetapi sunnah Nabi saw yang PALING UTAMA adalah BERDAKWAH!

Sunnah Nabi saw yang PALING UTAMA adalah BERDAKWAH!

Dan sepanjang 23 tahun kerasulan baginda, Nabi berdakwah kepada bukan Islam(non-Muslim) Iaitu; mengajak sekelian umat manusia untuk menyembah Allah yang Esa dan tinggalkan syirik dan Nabi juga berdakwah(Islah) kepada sesama muslim iaitu sahabat-sahabat baginda iaitu mendidik & improve mereka menjadi Muslim yg lebih baik.

Dakwah ni bukan kerja hanya Nabi SAW sahaja akan tetapi semua Nabi-nabi yang diutuskan adalah berdakwah membawa mesej yang sama iaitu menyeru untuk menyembah Allah SWT. Jadi tugas dakwah ini adalah tugas semua nabi-nabi dan ianya tugas yang SANGAT MULIA!

Selepas kewafatan Nabi SAW, siapakah yang menyambung kerja2 Nabi? Atas kecintaan para sahabat r.a kepada Nabi SAW, tugas dakwah disambung Para Sahabat r.a – selepas para sahabat meninggal dunia, siapa? Tugas dakwah disambung oleh Para Tabi’in – selepas itu?

Para tabi’ Tabi’in – selepas itu? Tugas-tugas dakwah bersambung oleh para ulama yang kasih dan cintakan Nabi SAW dengan menyambung tugas dakwah Nabi SAW menyebarkan Islam iaitu rahmat kepada sekelian alam sehingga Islam tersebar ke 4 penjuru dunia! Islam menguasai 2/3 dunia dengan Dakwah! Begitu jugalah Islam sampai ke Tanah Melayu hasil daripada usaha DAKWAH!

Jadi di zaman skrg ni pulak siapa yang kena sambung kerja-kerja dakwah ni? Tugas mulia ini? Siapa? Kita? jgn cakap kita, kalau cakap kita, maksudnya kalu kita tak buat, kita mengharapkan orang lain yg akan buat. Sekarang kita tukar, cakap tugas dakwah adalah tugas saya, bermakna kita mengambil tanggung jawab ini untuk meneruskan kerja Nabi saw. 

Kata cinta Nabi SAW kan? Cinta nabi bukan hanya sekadar selawat, bermarhaban, berqasidah, berjubah dan berserban sahaja mahupun simpan janggut, tapi yang lebih aula(utama) harus meneruskan kerja-kerja dakwah nabi. Bukti tanda kita sayang Nabi bukan hanya sekadar pada waktu-waktu tertentu je(Maulid Nabi), tapi kita buat kerja dakwah setiap masa. Betul tak? tanda kita cinta Nabi, kita perlu sambung kerja2 Nabi iaitu BERDAKWAH!

Seperti mana kalau kita rujuk dalam al-Quran Surah Yusuf [12:108]  yang bermaksud

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku, menyeru manusia(berdakwah) kepada Agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata.” Surah Yusuf [12:108] 

Dalam ayat ini jelas menyatakan bahawa orang yang mengikuti Nabi SAW adalah orang yang meneruskan kerja-kerja Nabi SAW iaitu BERDAKWAH .

Jadi tanda kita cinta kepada Nabi adalah meneruskan kerja Nabi SAW iaitu BERDAKWAH

Itulah sunnah Nabi SAW yang PALING UTAMA iaitu BERDAKWAH yang kita harus buat

Sekiranya konten ini bermanfaat, kongsikan kepada kenalan anda :