Posted on

Sebenarnya penglibatan saya dalam bidang dakwah ini, niat memang nak share islam, promote islam, sampaikan mesej Islam berdakwah kepada orang lain, terutamanya non-muslim. Tapi sebenarnya saya sedang berdakwah kepada diri saya sendiri. Apabila saya membuat kerja-kerja dakwah, sebenarnya secara tidak langsung saya sedang berdakwah kepada diri saya sendiri. Sebenarnya dakwah yang paling utama adalah berdakwah pada diri sendiri! Bila saya dapat persoalan-persoalan tentang agama yang tak dapat saya jawab, saya mula mencari jawapan. Dari situ saya mula mencari ilmu, dan belajar berdakwah. Saya mencari jawapan. Saya tanya persoalan-persoalan itu kepada Ustaz, Ustazah dan guru-guru dakwah saya.  Sedikit sebanyak ilmu tentang agama saya belajar dan sedikit sebanyak persoalan-persoalan itu terjawab. Dan apabila sudah dapat jawapan, saya share jawapan tersebut dengan kawan-kawan non-muslim saya. Itulah proses saya belajar. Sambil berdakwah sambil belajar.

Pada peringkat awal dakwah saya seperti kejutan budaya(culture shock) sbb saya bukan ustaz, bukan pakar dalam bidang agama, tidak ada latar-belakang pendidikan agama pun. Sekolah rendah agama pun saya tak masuk. Tapi saya memberanikan menceburkan diri dalam bidang dakwah. Saya tanya guru dakwah saya, boleh ke saya buat dakwah walaupun saya bukan ustaz saya tiada pendidikan formal dalam agama? Guru dakwah saya menjawab; bro kenal tak Syeikh Ahmad Deedat? Beliau hanya setakat bersekolah rendah je. Dah banyak negara beliau pergi berdakwah dan berani berdebat dengan paderi-paderi, pastor-pastor, missionaries Kristian yang pakar dalam agama Kristian dan dan telah mendapat kemenangan K.O. dalam debat tersebut. Dr Zakir Naik juga berpendidikan dalam bidang perubatan, walhal boleh berdakwah seluruh dunia dan boleh menjawab pelbagai persoalan-persoalan ganas terhadap Islam yang dilontarkan kepadanya. Kalau mereka boleh buat u juga boleh buat. Semua orang boleh berdakwah ikut kemampuan diri sendiri. Cumanya niat berdakwah ikhlas kerana Allah swt dan nak sampaikan keindahan islam. Dan paling penting belajar ilmu dalam berdakwah

Jadi kesimpulan disini, kita tahu Islam itu Indah, Islam itu cantik, Islam itu bukan sahaja best tapi best giler. Biasanya sesuatu yang best giler tu apa yang biasa kita buat? Kita akan promote kan? Kita akan share kan? Cth katakan kita baru lepas gi menonton movie yang baru terlatest dan best, kita akan promote pada kawan kita yang belum tgk movie tu utk gi tengok movie tu, betul kan? ataupun contoh lain, katakan lah kita makan makanan yang best giler, mesti kita share pada kawan kita untuk mencuba makanan dkt kedai itu, betul kan? Jadi kenapa tidak kita share dan promote Islam. Satu produk yang diturunkan oleh Allah yang syumul, yang lengkap yang hebat yang tiada cacat celanya? 

Jadi tugas dakwah ini adalah tugas kita semua, tugas saya dan tugas anda semua, ye termasuk anda. Tugas dakwah bukan hanya tugas para ustaz, ustazah, imam masjid atau surau, jabatan agama atau jabatan mufti sahaja. Kita yang mengaku umat islam kene ambil tanggungjawab ini untuk berdakwah. Berdakwah untuk sebarkan keindahan Islam dan juga berdakwah untuk diri sendiri. InsyaAllah.. Merujuk kepada Surah Fusilat [41:33] yang bermaksud

“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru(berdakwah) kepada Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam” Surah Fusilat [41:33]

Orang-orang biasa-biasa pun boleh berdakwah tak semestinya ustaz/ustazah sahaja.

Berdakwah tak semestinya cerita pasal islam. Tunjukkan akhlak islam pun sudah dikira berdakwah. Senyum dan berbuat baik sesama jiran tetangga, rakan2 sekerja, beli barang2 mancing dkt kedai Ah Chong sambil tanya khabar, sembang-sembang masa gunting rambut dkt kedai Muthusamy pun sudah dikira berdakwah, asalkan ada NIAT untuk berdakwah. Contoh, kalau kita dari pagi hingga ke maghrib tak makan dan tak minum dapat tak pahala puasa? TAK, kene ada niat. Kalau kita tak pasang niat, dapat tak pahala puasa? DAPAT.. Dapat lapar dan dahaga je.. 😊

Senyum pun boleh dikira berdakwah dan dapat pahala berdakwah tapi kene cara dan niat yang betul. Jangan pulak senyum dengan bini orang, itu bukan dapat pahala.. Dapat bala tu.. 😜🤪

Jom kita berniat nak buat Dakwah

Dan bestnya buat dakwah ini, Allah offer kita satu perniagaan yang boleh menyelamatkan kita dari azab api neraka yang pedih.. Wow!! Ini satu peluang perniagaan yang hebat ni! Allah ajak buat bisness dan bisnes tu konfirm tak rugi malah menyelamatkan daripada azab api neraka. Merujuk kepada surah As-Saff [61:10] yang bermaksud

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? As-Saff [61:10]

Allah ajak buat bisnes. Bisnes apa? Sambungan ayat ni lagi

“Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan Agama Allah(berdakwah) dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui” As-Saff [61:11]

Inilah satu bisnes yang tak boleh kita tolak, dan kita kene buat.. Rugi besau kalau tak buat, iaitu berdakwah. Nampak tak bestnya buat dakwah tu?? Dakwah bukan sahaja best tapi best giler. Dakwah Best giler beb.

Sekiranya konten ini bermanfaat, kongsikan kepada kenalan anda :