Alhamdulillah, pada tanggal 2 Jun 2024, kami dari Global UNITY Network telah dijemput oleh International Dakwah Institute PERKIM untuk mengendalikan slot Dakwah Digital dalam Kursus Kader DAI Profesional – Belia bagi Siri 1/2024. Kursus ini bertujuan melahirkan pendakwah dari pelbagai kaum yang berketerampilan dalam melakukan aktiviti dakwah khususnya menyampaikan Islam kepada non-Muslim. Salah satu metod bagi mencapai para pendakwah dari kalangan belia yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi adalah dengan pembelajaran dakwah secara digital iaitu dengan menggunakan aplikasi DAWANITI.
Para peserta yang merupakan pelajar-pelajar dari pelbagai Universiti dalam pelbagai jurusan diberikan akses dengan aplikasi DAWANITI yang merangkumi 4 modul teras utama pembelajaran di DAWANITI iaitu Modul 1 : Metodologi Dakwah, Modul 2 : Kaedah Berkesan menerangkan Islam kepada non-Muslim, Modul 3 : Ilmu Perbandingan Agama dan Modul 4 : Menjawab Persoalan-persoalan terhadap Islam. Para peserta sangat teruja untuk memulakan latihan kursus dakwah secara online yang boleh diakses menggunakan peranti digital seperti telefon bimbit, laptop mahupun tablet. Sesuai dengan jadual pengajian di Universiti yang padat, aplikasi DAWANITI ini dapat menyelesaikan masalah kesuntukan masa untuk belajar berdakwah, dimana para peserta boleh belajar berdakwah bila-bila masa dan dimana-mana sahaja mengikut kemampuan masing-masing. Global UNITY Network sangat berbesar hati dapat menjalinkan usahasama bersama International Dakwah Institute PERKIM(IDIP-KL) dalam membentuk pendakwah proaktif dalam isu-isu kontemporari menggunakan aplikasi digital yang interaktif dan efektif