Alhamdulillah, pada 1 Jun 2024 yang lepas bertempat di PERKIM Kebangsaan, kami dari Global UNITY Network telah dijemput untuk memberikan sesi taklimat pengenalan kepada Dakwah Digital kepada para pendakwah dari PERKIM Cawangan Dato Keramat. Lebih kurang 34 peserta yang terdiri dari golongan Muallaf terpilih yang bakal dilatih menjadi pendakwah sempena pelancaran Akademi Daie Muallaf peringkat PERKIM Cawangan Dato Keramat. Global UNITY Network sangat berbesar hati atas usahasama dalam memberikan kursus latihan dakwah dari kalangan Muallaf terpilih dari PERKIM Cawangan Dato Keramat ini.
Salah satu metod pengajian dalam Akademi Daie Muallaf ini adalah dengan pembelajaran dakwah secara digital iaitu dengan menggunakan aplikasi DAWANITI. Para peserta diberikan akses dengan aplikasi DAWANITI yang merangkumi 4 modul teras utama pembelajaran di DAWANITI iaitu Modul 1 : Metodologi Dakwah, Modul 2 : Kaedah Berkesan menerangkan Islam kepada non-Muslim, Modul 3 : Ilmu Perbandingan Agama dan Modul 4 : Menjawab Persoalan-persoalan terhadap Islam. Para peserta sangat teruja untuk memulakan latihan kursus dakwah secara online yang boleh diakses menggunakan peranti digital seperti telefon bimbit, laptop mahupun tablet. PERKIM Cawangan Dato Keramat merupakan cawangan PERKIM yang terkehadapan dalam membentuk pendakwah proaktif dalam isu-isu kontemporari menggunakan aplikasi digital yang interaktif dan efektif







